Thursday, August 21, 2008

SAUDARA ANWAR TIDAK PERLU BERSUMPAH..

Aku menyokong sepenuh hati keputusan saudara anwar kerana tidak tunduk kepada desakan banyak pihak untuk beliau bersumpah. Kenapa kita perlu takut akan desakan itu.Keputusan saudara anwar untuk bersumpah atau tidak adalah tidak penting. Itu adalah antara beliau dengan tuhan. Jangan dilayan desakan-desakan tersebut. Jangan kita tunduk kepada pihak-pihak yang cuba untuk menundukan kita.. Hidup saudara Anwar Ibrahim…  

1 comment:

Black-40 said...

Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar. Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya. Beliau berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

“Terdapat dua cara untuk menyelesaikan kes ini sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan. Namun, sekiranya Anwar merasakan beliau tidak bersalah, beliau boleh membuat pengakuan di mahkamah ataupun membuat sumpah laknat... terpulang kepadanya,” kata Sallehen ketika dihubungi di sini hari ini.

Anwar, calon PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, harus berhenti mempertikaikan sumpah laknat Mohd. Saiful yang dilafazkan pada 15 Ogos lalu kerana tindakan Mohd. Saiful, 23, itu dapat dilihat sebagai salah satu cara yang membolehkan beliau memberitahu masyarakat bahawa dakwaannya mengenai perbuatan liwat Anwar adalah benar.