Thursday, August 21, 2008

2 comments:

Anonymous said...

BN bukan sahaja akan mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, tetapi akan turut 'menguburkan' karier politiknya.

Itulah azam Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam satu ceramah di Seberang Jaya malam tadi.

Beliau memberitahu para hadirin bahawa pilihanraya kecil Permatang Pauh akan menentukan masa depan negara.

Dalam ceramah selama 30 minit itu, Khairy berkata, cabaran sebenar bagi calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah ialah untuk menamatkan karier ketua pembangkang yang 'rakus kuasa'.

Oleh itu, katanya, BN akan menguburkan karier politik Anwar supaya masa depan negara ini bebas dan selamat daripada penasihat PKR itu.

Dalam ucapannya itu, Khairy turut membidas pemimpin pembangkang itu, termasuk rancangan Anwar untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau juga turut menyentuh tentang hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan tuduhan liwat terhadap penasihat PKR itu.

Merujuk kepada penahanan dua exco kerajaan negeri Perak oleh BPR semalam, Khairy membidas parti pembangkang sebagai tidak konsisten dalam kempen mereka membasmi rasuah.

Anonymous said...

Kesian aku tengok exco-exco PKR yang kat Perak tu, dia mungkin tak faham apa yang Anwar perjuangkan kot.... Jangan ambil rasuah, kita nak sebuah kerajaan yang bersih....

ye lah tu bang Nuar, selama ini kau memang tak rasuah. Kau memang bersih, tulah nampak sangat iman kau tu.... Tapi bila nampak Saiful, iman pun ke mana ....