Wednesday, August 20, 2008

BODOH PUNYA EXCO- Menggugat nama baik PKR ajer…..

Aku kecewa dengan laporan yang mengatakan dua EXCO PKR Kerajaan Negeri Perak ditahan reman oleh BPR jam 10.30 pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam perbuatan rasuah meminta suapan projek perumahan di Seri iskandar, Perak bernilai RM 108 juta.

Ini membusukkan nama dan pendirian kita selama ini, kerana bos kita telah menjanjikan kepada rakyat sebuah kerajaan baru yang bersih dan bebas rasuah.

Aku nak mencadangkan kepada kepimpinan tertinggi PKR, ambil tindakan tegas kepada dua EXCO PKR Perak yang memalukan kita. Kita nak sebuah kumpulan dan ahli yang bersih, yang menerima konsep kita.

Aku juga nak lihat Zulkifli Nordin dikenakan tindakan tegas. Dia juga mencemar kemuliaan PKR. Kenapa Zulkifli Nordin sibuk-sibuk berjuang bersama Gabungan Pelajar MAMAK Semenanjung (GPMS) untuk ganggu Forum `Memeluk Islam’ yang dianjurkan Majlis Peguam baru-baru ini …..

Buat YB Zulkifli Nordin yang bakal kehilangan title YB tidak lama lagi, tak payahlah nak menyesal di kemudian hari dengan tindakan bodoh yang YB buat, YB sememangnya tidak faham dengan falsafah dan pendirian PKR… parti untuk semua kaum dan agama…..

No comments: