Melayu mudah lupa.
Melayu suka memuja.
Melayu juga suka mengata.
Melayu mudah digoda.
Melayu mudah leka.
Melayu juga mudah terima.
Melayu berjiwa besar, tapi Melayu juga sering tidak sabar.
Melayu pantang dicabar.
Melayu kini sudah kurang ajar.
Melayu dahulu tahu berterima kasih,Melayu kini dan pandai sembelih.
Melayu berpuak-puak,Melayu mudah riak.
Melayu malas.
Melayu juga tidak ikhlas.
Melayu selalu mencari jalan mudah.
Melayu merungut tidak sudah.
Melayu tidak mahu belajar.
Seribu tahun akan berlalu. Melayu tetap seperti dulu.
Melayu yang mudah leka.
Sunday, August 24, 2008
Saturday, August 23, 2008
PKR DAPAT TAJAAN RM5B: HARI INI JADI PM, ESOK HARGA MINYAK TURUN
Pakatan Rakyat sentiasa konsisten dan komited di dalam merangka sebarang dasar mahupun program yang bertujuan untuk meringankan beban rakyat.
Kita malah berulang kali menegaskan pentingnya harga minyak diturunkan agar rakyat tidak dibebani dengan kadar inflasi yang tinggi sekaligus mengakibatkan kerencatan ekonomi negara.
Kita sedar harga minyak global akan turun, dan sering saya utarakan ‘Teori Yergin’ sepanjang syarahan dan ceramah saya berhubung dasar Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak.
Berlakunya penurunan harga minyak global memungkinkan kita untuk menurunkan lagi harga minyak dari 50sen ke 70sen. Oleh itu Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ‘Hari Ini Pakatan Rakyat Memerintah Esok Harga Minyak Turun Sebanyak 70sen’ menjadikan harga minyak hanya RM 2.00 seliter.
Aku difahamkan dari sahabat-sahabat yang berada dalam kepimpinan PKR, bahawa Anwar sudah menerima duit berjumlah RM5B membantu langkah menurunkan harga minyak.
Langkah langkah penurunan harga minyak yang telah saya bentangkan antaranya:
1- RM 2 billion diperolehi dari penjimatan melalui pengurangan kapasiti simpanan tenaga yang disediakan oleh Penjana Kuasa Bebas (IPP) dengan mengurangkan kapasiti lebihan tenaga elektrik TNB dari 40% ke 20%. “Reserve capacity”40% agak tinggi memandangkan negara maju pun mengekalkannya pada tahap 20%. Kita mendapat maklumat bahawa TNB mempunyai“kapasiti lebihan”yang melebihi 1000 MegaWatt. Ini adalah keupayaan simpanan menjana elektrik yang digunakan semasa kecemasan. Ia boleh kita turunkan ketahap yang munasabah dan ianya akan menjimatkan kos kepada TNB. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Ini menggalakkan pertumbuhan ekonomi industri kecil dan sederhana.
2- RM 1 billion dengan merunding semula terma-terma perjanjian dengan syarikat-syarikat Penjana Kuasa Bebas(IPP). IPP yang dipunyai oleh syarikat-syarikat kroni pemerintah UMNO sekarang mendapat keuntungan berlebihan. Mengikut perjanjian yang dibuat di antara kerajaan Barisan Nasional dengan syarikat-syarikat Penjana Kuasa Bebas ini subsidi bahan bakar yang diberikan membuatkan syarikat -syarikat ini mendapat keuntungan yang lumayan sedangkan harga minyak petrol rakyat jelata dinaikkan. Subsidi gas yang diberikan kepada syarikat penjana kuasa bebas berjumlah RM 8.1 billion. Kita yakin jika ini dirunding semula dan subsidi gas untuk IPP dipindahkan kepada subsidi minyak petrol untuk rakyat jelata, kita akan dapat mengurangkan harga minyak petrol sebanyak 70 sen yang hanya memerlukan subsidi tambahan sebanyak RM5 bilion.
3- RM 1 billion lagi kita dapatkan dari sebahagian royalti minyak dan dividen lain yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan. Dividen dan royalti ini boleh digunakan untuk membiayai subsidi tambahan RM 5 bilion. Keuntungan Petronas tahun ini berjumlah RM 95.5 billion kerana harga minyak global yang melambung, Anggaran menunjukkan bahawa tambahan USD1 bagi satu tong minyak menambahkan RM 300 juta lebih kepada pendapatan kerajaan. Kita boleh menggunakan sebahagian dari bayaran yang dibuat oleh Petronas kepada kerajaan untuk dapatkan RM 1 billion ini.
4- RM 1 billion terakhir bagi mencukupi RM 5 billion yang kita perlukan untuk menurunkan harga minyak petrol sebanyak 70sen ialah melalui pengurusan ekonomi yang cekap, meyakinkan, telus dan tiada lagi rasuah serta korupsi. Syarikat kewangan antarabangsa Morgan Stanley menganggarkan negara kita kerugian dan ketirisan sebanyak RM 16.5 billion setahun selama 20 tahun. Ini menjadikan jumlah keseluruhan akibat ketirisan dan korupsi di Malaysia ialah RM 330 billion. Dengan memastikan tiada lagi korupsi kita yakin adalah tidak mustahil untuk mendapatkan RM 1 billion tersebut.

Friday, August 22, 2008
HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA ...

Tadi aku duduk dengan beberapa orang penyokong kuat pas mereka bercerita dan mengupas janji-janji saudara anwar ibrahim dalam satu ceramah di seberang jaya. Saudara anwar ibrahim menyebut akan memeberikan kerusi tpm1 kepada kaum cina dan tpm2kepada orang india. Betul ker? Kalau macam tu kerusi tpm1 kepada kaum cina, orang yang bernama kit siang dan tian chua akan disenarai pendek sebagai calon. Ianya bukan lagi orang yang bernma Haji hadi awang dan Nasharuddin Mat Isa. Tpm2 karpal singh la. Aku tak kisah sebab sebagai penyokong setia, aku akan terus terima. Hidup saudara anwar ibrahim…
Thursday, August 21, 2008
malaysia baru...
“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”Itulah slogan yang akan dilaungkan dan itulah semangat yang akan didakapi, bukan dibataskan untuk kempen di Permatang Pauh semata-mata, bahkan buat mendasari kemahuan dan keinginan saudara anwar ibrahim kita untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.Di Sunway Carnival bersama-sama pimpinan parti telah melancarkan tema kempen di Permatang Pauh: “Merdeka dari Penindasan dan Kezaliman”. Inilah saatnya pimpinan tertinggi parti kita dengan mempergunakan makna kemerdekaan agar ianya benar-benar nampak memerdekakan rakyat dan negara yang dikatakan minda terpesung dan ketidakmatangan yang ditempah sendiri. Hidup saudara anwar ibrahim… Semoga tercapai impian…..
SAUDARA ANWAR TIDAK PERLU BERSUMPAH..
Aku menyokong sepenuh hati keputusan saudara anwar kerana tidak tunduk kepada desakan banyak pihak untuk beliau bersumpah. Kenapa kita perlu takut akan desakan itu.Keputusan saudara anwar untuk bersumpah atau tidak adalah tidak penting. Itu adalah antara beliau dengan tuhan. Jangan dilayan desakan-desakan tersebut. Jangan kita tunduk kepada pihak-pihak yang cuba untuk menundukan kita.. Hidup saudara Anwar Ibrahim…
Wednesday, August 20, 2008
BODOH PUNYA EXCO- Menggugat nama baik PKR ajer…..
Aku kecewa dengan laporan yang mengatakan dua EXCO PKR Kerajaan Negeri Perak ditahan reman oleh BPR jam 10.30 pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam perbuatan rasuah meminta suapan projek perumahan di Seri iskandar, Perak bernilai RM 108 juta.
Ini membusukkan nama dan pendirian kita selama ini, kerana bos kita telah menjanjikan kepada rakyat sebuah kerajaan baru yang bersih dan bebas rasuah.
Aku nak mencadangkan kepada kepimpinan tertinggi PKR, ambil tindakan tegas kepada dua EXCO PKR Perak yang memalukan kita. Kita nak sebuah kumpulan dan ahli yang bersih, yang menerima konsep kita.
Aku juga nak lihat Zulkifli Nordin dikenakan tindakan tegas. Dia juga mencemar kemuliaan PKR. Kenapa Zulkifli Nordin sibuk-sibuk berjuang bersama Gabungan Pelajar MAMAK Semenanjung (GPMS) untuk ganggu Forum `Memeluk Islam’ yang dianjurkan Majlis Peguam baru-baru ini …..
Buat YB Zulkifli Nordin yang bakal kehilangan title YB tidak lama lagi, tak payahlah nak menyesal di kemudian hari dengan tindakan bodoh yang YB buat, YB sememangnya tidak faham dengan falsafah dan pendirian PKR… parti untuk semua kaum dan agama…..

Salam Perkenalan.....
Assalammualaikum…
Selamat datang buat pengunjung blog kami yang tidak seberapa ini. Kehadiran aku dalam waktu terdekat ini sekadar untuk memberikan sokongan dan dokongan kepada bakal pemimpin yang BERJIWA RAKYAT, yang dikatakan mampu membawa perubahan demi untuk kesenangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Okeylah, sekadar ini buat permulaan, pembuka bicara sebagai lambang perjuangan suci murni demi sebuah negara bangsa yang berbilang agama dan kaum, demi sebuah negara yang menolak Ketuanan Melayu, kerana kita perlu mensama-ratakan hak rakyat Malaysia tanpa prejudis terhadap hak kaum-kaum lain yang hidup aman makmur di sebuah negara yang tercita ini.
Hidup Anwar Ibrahim …..

Subscribe to:
Posts (Atom)